Wednesday, May 6, 2009

Mentor Jutawan: Dato Dr Fadzilah Kamsah

Hasan,

Sedikit sedutan dari Mentor Jutawan (http://www.irfankhairi.com/mentor)
Dato' Dr Fadzilah Kamsah...

===================

IK: Saya lihat perniagaan Dato' 'Excel Training & Consultancy' amat
berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche
atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana
pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini.
Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita
jadi yang pioneer... (edited)

IK: Pada pendapat Dato', di Malaysia ini, ada tak banyak ruang
untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun.
Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana
presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita
buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti
kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya
berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan
untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka
pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam... (edited)

===================

Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat
perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi
motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi
pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan
memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan
utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah
tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri.

Hasan, banyak lagi tips-tips bagaimana hendak menjadi hebat
dalam perniagaan daripada DDFK. Yang saya berikan di atas ini
pun sikit je dan saya dah tebuk2 untuk tujuan preview. Jadi, bagi
anda yang belum dapatkan Mentor Jutawan, dapatkan di sini. Memang
terlalu banyak permata2 yang disampaikan oleh 8 Mentor Jutawan!

Dapatkan ebook Mentor Jutawan yang laris di pasaran, hari ini.

Dapatkan di http://www.irfankhairi.com/mentor


84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin