Monday, May 11, 2009

Taklimat PERCUMA program keusahawanan, 13hb May 2009 di Midvalley

Hasan,

Tidak semua usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan itu
mencapai apa yang mereka impikan. Terdapat fakta menunjukan bahawa
90% usahawan gagal dalam perniagaan dalam tempoh masa 5 tahun dan
yang terbaru kajian daripada Small Business Administration (SBA)
menyatakan;

2/3 usahawan baru gagal dalam jangka masa 2 tahun

44% usahawan baru gagal dalam jangka masa 5 tahun.

Bagaimanakan ini terjadi?

Menurut statistik yang dikeluarkan ini faktor yang menjadi punca
kepada keadaan ini adalah disebabkan oleh;

1. Memulakan perniagaan pada masa yang tidak sesuai.

2. Pengurusan yang Lemah

3. Modal yang tidak Mencukupi

4. Masalah Lokasi

5. Kegagalan dalam merancang

6. Pengembangan perniagaan yang tidak terkawal

7. Tiada pembangunan Lama Web

8. Pasaran yang tidak pelbagai

Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia. Melalui perniagaan
banyak peluang pekerjaan serta peluang untuk meningkatkan taraf
hidup dan ekonomi individu dan negara dapat diwujudkan.

Kebanyakan usahawan masih perlu dibimbing dan dibangunkan dengan
strategi-strategi perniagaan yang bersistematik supaya dapat kekal
dalam arena perniagaan. Ini penting kerana melalui strategi yang
berkesan ia dapat membantu usahawan mempunyai daya saing yang tinggi.

Kejayaan sesuatu perniagaan merupakan satu rahsia kepada kejayaan
usahawan. Usahawan yang mempunyai perniagaan yang maju mempunyai
jati diri dan pengetahuan yang sangat baik dalam perniagaan.
Kegagalan bukannya satu pilihan bagi usahawan yang berjaya,
sebaliknya mereka mempunyai tahap kematangan fikiran yang tinggi,
pengetahuan yang baik serta minda yang positif yang dapat membuka
jalan kepada lebih banyak peluang-peluang perniagaan untuk terus
berkembang.

Hasan,

Bagi memacu kepada sikap dan sifat usahawan yang gigih dan berjaya,
pembangunan yang berterusan (continous development) difikirkan
wajar diapplikasikan kepada usahawan bagi membantu mereka
mengenalpasti peluang serta melaksanakan perniagaan dengan cara
yang lebih praktikal dalam PEOPLEPRENUER Business School.

Untuk penerangan yang lebih jelas, anda dijemput untuk menghadirkan
diri pada taklimat ringkas PERCUMA pada hari RABU 13 Mei 2009 yang
akan saya sertai bersama pada Jam 8.00mlm - 9.30mlm bertempat di
Peoplelogy Office 9-10 The Boulevard Midvalley Kuala Lumpur.
Ikhlasnya semoga ia dapat memberi rangsangan, inspirasi dan
pengalaman baru kepada saudara / saudari.

Seperti petikan daripada kata-kata Albert Camus, "Kamu tidak boleh
mencipta pengalaman, kamu mesti menghadapinya".



Untuk tempahan tempat duduk, saudara / saudari boleh mengubungi
(Jefri) melalui sms nama ke 017 - 6072 100. Tempat terhad untuk 30
orang sahaja dan kehadiran hanya melalui tempahan tempat duduk
sahaja.



"Selamat Maju Jaya"





GoMibo.com, 84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin