Monday, June 22, 2009

Serbuk Habbatus Sauda'


Serbuk Habbatus Sauda' dalam kapsul

Dipetik daripada http://aja49.wordpress.com/2007/05/09/khasiat-habbatus-sauda/

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • polysaccharide
  • fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • amino acid yang membentuk protein
  • karotene iaitu sumber vitamin A
  • kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Hasil Kajian
Di Amerika, Nigella Sativa yang merupakan nama latin dari minyak jintan hitam, telah mendapat kejayan luar biasa sebagai makanan suplemen. Di Jerman, minyak habbasSauda telah tersedia dalam bentuk kapsul di farmasi.

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya juga telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan obat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama. Para dokter di Mesir dan Cina menggunakannya untuk obat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanker Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merusak, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbasSaudayang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengobatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai obat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Minyak Dhob


Yang ini pula adalah minyak dhob .... power!!!

Dipetik daripada http://www.geocities.com/cimok/sarawak.htm

Minyak Dhab adalah minyak yang terkenal sejak berkurun lama.Ia digunakan secara meluas oleh masyarakat ARAB. Minyak ini diproses secara suci daripada haiwan Dhab yang terdapat dipadang pasir. Minyak ini telah terbukti berkesan meningkat tenaga kelakian supaya kuat dan bertenaga. Selain ini minyak ini di gunakan untuk mengubati penyakit lenguh-lenguh sendi, lumpuh, sakit pinggang dan digunakan dalam urutan. Minyak ini di bawa khas dari Arab Saudi dan diproses dengan menggunakan barang yang berkualiti dan suci.

Dipetik daripada http://drishak69.blogspot.com/2008/10/dhab-halal-untuk-di-makan.html

Makanan yang berada di atas muka bumi semuanya adalah halal untuk di makan oleh umat islam sebelum ianya ditentukan atau diharamkan oleh ALLAH swt keatasnya.Disini akan di bincangkan tentang hukum dan kelebihan dhab. Dhab adalah sejenis binatang yang halal untuk di makan oleh umat islam hal ini kerana terbukti dengan adanya dalil hadis pada zaman Rasullullah saw yang membolehkan umat islam memakannya.Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah memasuki aku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda melepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab?lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

Pengertian dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir .Ianya adalah tergolong dalam keluarga cicak Nama Inggerisnya Spiynd-taile lizasrd manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis. Selain itu juga dhab merupakan binatang yang berdarah sejuk yang tergolong dari kategori sejenis reptilia yang bertelur .Dhab adalah binatang herbivor yang mana ianya hanya memakan tumbuh-tumbuhan atau vegetarian.

Cara kehidupan biawak pasir ini ialah ianya banyak menghabiskan masanya dalam lubang-lubang yang di gali untuk menyembunyikan dirinya atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman musuhnya termasuk manusia .Biawak pasir ini mempunyai kulit yang bersisik tebal di atas badan dan ekornya ,panjang bagi seekor dhab adalah lebih kurang dari 14 inci hingga 36 inci atau lebih.

Di samping itu juga , biawak pasir (dhab) ini terkenal di kalangan masyarakat arab dan ianya merupakan sejenis makanan kebiasaan mereka kerana dhab ini senang di dapati atau di perolehi oleh mereka .Bagi masyarakat arab mereka ini sudah lama mengetahui khasiat atau kelebihan dengan memakan atau menggunakan apa-apa yang diperbuat darinya iaitu binatang dhab ini fungsinya dapat meningkatkan tenaga batin dengan mengamalkan memakannya.

Bagi masyarakat di Malaysia atau sesetengah negara lain mungkin ramai orang yang tidak mengetahui atau mengenali dhab secara lebih dekat apatah lagi memakannya pula.Hal ini mungkin kerana sebelumnya belum ada pihak-pihak tertentu menperkenalkannya atau penghasilan sesuatu barangan atau produk darinya.

Oleh itu binatang dhab ini hanya lebih dikenali sekadar masyarakat arab dan orang-orang tertentu sahaja yang pernah melawat kesana dengan mengetahui khasiatnya.Akan tetapi kini kebanyakkan rakyat Malaysia sudah mengenalinya disebabkan sesetengah rakyat kita membawa dhab pulang apabila kembali dari tanah arab.Selain itu juga ada yang telah menghasilkan minyak dhab dengan kemahiran tersendiri.

Selain itu juga ,antara kelebihan dhab dari segi kesihatan ialah apabila di proses dijadikan minyak ianya dapat meningkatkan kecergasan badan luaran dan dalaman, di jadikan ubat perangsang tenaga batin tradisional , mengubati penyakit lenguh-lenguh sendi, Memulihkan penyakit Lumpuh, menyembuhkan sakit pinggang dan sesuai dalam bidang urutan .

Kesimpulannya binatang dhab adalah halal untuk di makan kerana ianya terbukti melalui hadis Rasullullah saw .Selain itu juga para sahabat telah memakan dhab di samping Rasullah saw melihatnya,bahkan Baginda tidak menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya. Dengan ini terbukti bahawa dengan memakan dhab ianya memberi manfaat kepada kesihatan manusia iaitu menyembuhkan beberapa jenis penyakit tertentu .Selain itu juga minyak atau ubat ubatan penghasilan dari binatang dhab dapat meningkatkan tenaga batin dan kesihatan badan. Malahan sumber yang di perolehi dari dhab memberi manfaat dengan menjadi satu pekerjaan dan pendapatan pada seseorang.

Sunday, June 21, 2009

Bookmarks




Bookmarks (penanda buku) ini diperbuat daripada kulit kayu pyprus.

Friday, June 5, 2009

Sesi PERCUMA pengenalan perniagaan Internet & Artikel "Kejayaan Berjangkit"

Hasan,

Tahun 2009 kini dah masuk ke separuh yang kedua. Sedar-sedar kini sudah masuk bulan Jun pula. Suka saya umumkan, kami di RahsiaInternet.com telah merancang beberapa program menarik untuk anda termasuk:

  • PERCUMA: Sesi talk "Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK" di Cititel, Midvalley pada hari Khamis ini
  • Workshop Jutawan Internet di Vistana Hotel, pada 13hb June 2009
  • Pertama kali kami menjalankan Workshop Jutawan Internet di Kuching, Sarawak pada 20hb June 2009!

Sekiranya anda ingin menyertai program-program di atas (yang percuma dan juga berbayar), teruskan bacaan email ini...

Salam hormat!

-Irfan Khairi

pa: Artikel saya kali ini bertajuk "Kejayaan berjangkit". Di kala musim penyakit melanda kita ketika ini, jangan tak tau... "Kejayaan' juga boleh berjangkit! Ikuti artikel tersebut di bawah...

==============================
========================
Sesi PERCUMA Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK
======================================================

Hasan,

Suka saya umumkan, first time saya akan kendalikan sesi percuma Pengenalan kepada perniagaan Internet di Cititel Hotel, Midvalley pada hari Khamis 4hb June ini. Masuk adalah percuma.

  • 8.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
  • 8.15pm Talk "Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi"
  • 9.15pm Preview Workshop Jutawan Internet Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah
  • 9.30pm Sesi bonus: Autocard Privelege (Pemberian percuma kepada peserta WJI)
  • 9.45pm Sesi soal jawab
  • 10.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)

Kilk di sini untuk kad jemputan anda: http://www.rahsiainternet.com/promo/pengenalan-jemputan.jpg

Sesi pengenalan/preview ini adalah terbaik bagi anda yang belum memulakan perniagaan Internet atau ingin mempelajari bagaimana sebenarnya menjalankan perniagaan Internet. Semua dijemput hadir, ajak kawan, keluarga suami, isteri kerana, mana tahu, perniagaan Internet boleh menjadi sumber pendapatan anda di kala ekonomi tidak menentu.

  • Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
  • Tarikh: Khamis 4hb June 2009
  • Waktu: 8.00malam - 10.00malam
  • Tempat: Cititel Hotel, Midvalley

Di sesi percuma ini juga kami akan kendalikan sale produk RahsiaInternet.com dimana anda boleh jimat berpuluh-puluh ringgit produk perniagaan Internet RahsiaInternet.com serta, akan
dijalankan preview Workshop Jutawan Internet. Bagi anda yang belum menghadiri Workshop Jutawan Internet, sesi ini adalah terbaik. Juga akan terdapat satu pakej workshop baru, khas bagi mereka yang kurang berkemampuan menyertai Workshop Jutawan Internet sebelum
ini. Semuanya akan dikongsikan pada hari Khamis ini...

*Nota supaya anda tidak keliru, apa yang saya jalankan adalah perniagaan Internet. Dan bukannya konsep jualan multi level menggunakan Internet. Saya jalankan jual beli produk atau
perkhidmatan melalui Internet, dan bukan konsep mencari downline seperti konsep perniagaan jualan langsung.

Perlu saya jelaskan ini sebab ada juga antara kita yang ingatkan saya buat MLM (Tak salah buat jualan langsung cuma itu bukan perniagaan yang saya jalankan)

Oleh kerana sesi talk pengenalan kepada perniagan Internet ini adalah PERCUMA, tempat pula adalah terhad kepada 60 peserta terawal sahaja. Nak masuk lebih sikit maybe boleh, tapi kena berdiri kot? :)

So, permintaan kami, hanyalah untuk anda daftar terlebih dahulu secara percuma.

Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

On top of that, kerana RahsiaInternet.com menghargai susah payah anda untuk datang mendengar talk percuma ini, 20 peserta terawal akan diberi sebuah buku perniagaan berharga RM25 secara percuma. Buku bercetak... bukan ebook.

Tapi, pastikan anda betul2 dapat datang. Sebab kalau tak dapat datang, baik beri tempat tersebut kepada mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari perniagaan Internet kan? :)

ps: Sila tanda di kalender anda, dan datang awal! Jumpa anda di sesi percuma ini.

================================================
Workshop Jutawan Internet Kuala Lumpur & Kuching
================================================

  • 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Sekiranya anda ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, lengkapkan dengan ilmu terlebih dahulu.
  • "Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkan dari Rumah di Workshop Jutawan Internet!..."

KUALA LUMPUR:


KUCHING, SARAWAK:


Workshop Perniagaan Internet #1 paling laris di Malaysia yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!

Daftar secara online di http://www.rahsiainternet.com atau hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut.

Saksikan temubual Irfan Khairi mengenai Workshop Jutawan Internet di ASTRO http://www.youtube.com/watch?v=S2M3xCp8J-8

============================
ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
============================

Oleh: Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya! Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama
mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing. Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini". Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama. Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapakah role-model anda?
Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya. Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!
Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?

Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit! Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula.

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuhkan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!
Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap. Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita. Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukainya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

=======================================
Iklan peserta Workshop jutawan Internet
=======================================

IZZUL BABY GIFT- http://www.izzulbabygift.com/
Izzul Baby Gift mengetengahkan gift baskets, diaper bags, organic baby apparel sebagai beberapa pilihan di mana hadiah-hadiah ini sesuai untuk diberikan kepada ibu yang baru sahaja bersalin atas tanda tahniah dengan kedatangan orang baru.

Our best selling item - Baby Kaed Diaper Bags bermutu tinggi dan amat dikenali di Amerika Syarikat. Baby Kaed Diaper Bags juga telah menjadi kegunaan beberapa artis barat seperti Jennifer lopez dan Matt Damon. Lawati http://www.izzulbabygift.com/

SEMERBAK- http://www.atiqahumaira.com
Minyak wangi "SEMERBAK" bukan sekadar haruman. Dapatkan sekarang dan anda pasti teruja dengan wangiannya. Secara online di http://www.atiqahumaira.com

Sertai " BISNESS SEMERBAK ONLINE" hanya dihujung jari anda dan nikmati limpahan wang "BERBALOI BALOI" RM 100 - RM 400 terus ke akaun bank anda. Matlumat lanjut layari http://jomedar.com/?id=umaira





84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E

Blog Widget by LinkWithin