Monday, May 11, 2009

Logo perniagaan anda & Workshop Jutawan Internet di Sabah!

Hasan,

Beberapa hari lagi, saya akan ke Sabah untuk mengendalikan Workshop
Jutawan Internet. Sekiranya anda berada di negeri di bawah bayu,
apa kata anda turut sertai. Kali terakhir saya ke Sabah adalah
setahun yang lalu! Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut Workshop
Jutawan Internet di Kota Kinabalu, lawati
http://www.rahsiainternet.com/workshop-kk

Pada hari Sabtu lepas, saya dijemput menjadi tetamu rancangan talk
show "Santai" di TV1 untuk berkongsikan bagaimana di zaman ini kita
boleh bekerja dari rumah dengan hanya menggunakan Internet.
Insyaallah saya akan masukkan klip tersebut di YouTube sekiranya
anda terlepas.

Sementara itu, klip terbaru saya adalah daripada rancangan bual
pagi Awani Pagi, Astro Awani bertajuk "4 langkah Memulakan
Perniagaan Internet". Khas untuk mereka yang masih kurang jelas
mengenai perniagaan Internet, klip 10 minit ini pastinya dapat
menambahkan pengetahuan anda. Lawati

http://www.youtube.com/watch?v=k8fpO--k3TE

Jangan lupa, Workshop Jutawan Internet juga di jalankan di Kuala
Lumpur, Kuching dan Sabah. Lawati http://www.rahsiainternet.com

Salam hormat,

-Irfan Khairi
Kuala Lumpur

ps: Artikel saya kali ini adalah mengenai logo- Adakah perniagaan
anda
mempunyai logo?

=======================
IRFAN KHAIRI di MHI TV3
=======================

Sekiranya anda tidak pasti sama ada perniagaan Internet adalah sesuai
untuk anda, apa kata anda saksikan klip Malaysia Hari Ini TV3 bersama
Irfan Khairi mengenai perniagaan Internet di sini:

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=c58GHbBYFhc

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=GYaw4vG_67A

Sertai Workshop Jutawan Internet sekiranya berminat!


==============================
====================
Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi di KK & KL
==================================================
Workshop Perniagaan Internet #1 paling laris di Malaysia yang
TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang
berjaya! Ramai yang telah memulakan perniagaan Internet secara
sambilan dari rumah selepas workshop ini.

Daftar hari ini untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM100!

KOTA KINABALU, SABAH

* Tarikh: 16hb May 2009 (Sabtu)
* Tempat: Hyatt Hotel, Kota Kinabalu
* Waktu: 8.45am - 6.30pm
* Speaker: Irfan Khairi
* http://www.rahsiainternet.com/workshop-kk
* hubungi 016-6966644 atau 014-6633311
* hanya 2 tempat tinggal!

KUALA LUMPUR

* Tarikh: 30hb May 2009 (Sabtu)
* Tempat: Vistana Hotel, Kuala Lumpur
* Waktu: 8.45am - 6.30pm
* Speaker: Irfan Khairi
* http://www.rahsiainternet.com/workshop
* hubungi 016-6966644 atau 014-6633311
* Tempat Terhad!


Lakukan pendaftaran hari ini untuk mendapatkan harga istimewa di
http://www.rahsiainternet.com atau hubungi 016-6966644 / 014-6633311
untuk keterangan lanjut.


====================================
TIP PILIHAN: LOGO PERNIAGAAN ANDA...
====================================

Saya sudah menulis tip perniagaan sejak 2006, tapi entah kenapa,
for the past 3 years, jarang saya menulis kepentingan mempunyai
logo perniagaan- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas
pandang...

Mungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah
asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas,
saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas
perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan
kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan... adakah anda
mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan
berkembang.

Logo adalah penting kerana ianya adalah antara "first contact"
prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk "imej"
atau "gambaran", membolehkan perniagaan anda mudah diingati
pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words! Sedikit
gambaran akan memberi impak yang besar.

Cuba fikirkan... ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa
mempunyai logo? ... tiada bukan?

So, soalan utama...

ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

Berikut adalah tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

* Walaupun ramai memahami logo mempunyai "simbol" sering kali, logo
berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh,
Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon... perlu saya
teruskan? :)

* Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh
pesaing anda.

* Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo
anda dikecilkan

* Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di
bahan-bahan promosi perniagaan anda

* Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo
berteraskan tiga segi tidak efektif :)

Salam hormat!





84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin