Tuesday, May 19, 2009

Jawapan kepada soalan anda

Hasan,

Beberapa hari lepas kami telah menulis email kepada anda mengenai
Workshop Jutawan Internet: "Cara Memulakan Perniagaan di Internet
yang Menguntungkan dalam Masa 7 Hari".

Sambutan yang diterima amat menggalakkan!

Namun begitu, kami juga menerima bebrapa soalan mengenai Workshop
Jutawan Internet. Di sini kami ingin menjelaskan beberapa soalan
yang sering kami terima untuk membantu anda.

Soalan 1:
=========
Sekiranya saya tidak mempunyai latar belakang IT, bolehkah saya
memanfaat dari Workshop Jutawan Internet?

Jawapan: Sudah tentu! Workhop Jutawan Internet akan menunjukkan
ASAS memulakan perniagaan di Internet dengan cara yang betul.
Pembentangan langkah-demi langkah akan ditunjukkan untuk memudahkan
anda memahami cara memulakan perniagaan di Internet. Irfan juga
akan menunjukkan kepada anda cara membina laman web perniagaan di
Internet dengan mudah dan murah.

Workshop ini direka khas bagi mereka yang tidak mempunyai
pengalaman yang mendalam dalam bidang IT. Sekiranya anda boleh
menggunakan perisian seperti Microsoft Words, Email, serta tahu
menggunakan Internet, dengan sedikit ilmu tambahan, anda boleh
memulakan perniagaan Internet anda sendiri.

Soalan 2:
=========
Sekiranya saya sudah memiliki buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet
Terbongkar", adakah saya perlu menghadiri Workshop Jutawan Internet?

Jawapan: Anggap buku RJJIT sebagai teks kepada kursus ini. Dengan
seorang pakar perniagaan Internet menunjukkan teknik yang paling
penting, memberi kritik dan jawapan, workshop ini akan dapat
membantu anda mencapai matlamat anda dalam memulakan perniagaan di
Internet dengan lebih pantas.

Juga, workshop ini akan mengandungi maklumat tambahan yang tidak
terdapat di dalam buku oleh kerana ruang adalah terhad serta
sesuatu gambaran sukar untuk dijelaskan. Anda akan mendapat
idea-idea baru dan teknik baru yang akan memberikan kelebihan
kepada anda untuk bersaing dengan pesaing-pesaing anda!

Soalan 3:
=========
Sekiranya saya tidak mempunyai idea perniagaan untuk dijalankan,
dapatkah Workshop Jutawan Internet membantu?

Jawapan: Salah satu topik yang akan diperbincangkan adalah mencari
perniagaan Internet yang terbaik untuk diri anda. Irfan akan
menjelaskan peluang-peluang yang ada di Internet serta memberi
feedback kepada idea-idea yang disertakan.

Ramai antara peserta Workshop Jutawan Internet mendapat gambaran
yang lebih jelas mengenai peluang perniagaan yang ada di hadapan
mereka. Setiap orang mempunyai kepakaran tersendiri, oleh itu,
peluang perniagaan di Internet adalah berbeza antara satu sama
lain. Workshop dan sesi perbincangan yang di adakan akan
menjelaskan lagi peluang-peluang yang sedia ada.

Sekiranya anda ingin melihat peluang perniagaan di Internet serta
mengimbas idea-idea perniagaan di Internet, sila rujuk laporan kami
di-

http://www.rahsiainternet.com/statistik

dan

http://www.rahsiainternet.com/55idea

******

Hasan, beberapa hari lepas kami telah memberitahu anda
mengenai promosi terhad "Bantuan & Bimbingan Selama 1 Tahun".
Sukacita dimaklumkan, pemberian ini masih lagi diberi buat masa
ini. Tetapi, mungkin pada bila-bila masa terdekat ini kami akan
menarik balik pemberian percuma ini.

Untuk maklumat lanjut serta tarikh Workshop Jutawan Internet yang
terdekat, lawati:

http://www.rahsiainternet.com/workshop

Semoga kita dapat berjumpa tidak lama lagi,

Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet
Irfan Khairi Sdn. Bhd.



84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin