Tahun 2009 kini dah masuk ke separuh yang kedua. Sedar-sedar kini sudah masuk bulan Jun pula. Suka saya umumkan, kami di RahsiaInternet.com telah merancang beberapa program menarik untuk anda termasuk:
- PERCUMA: Sesi talk "Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK" di Cititel, Midvalley pada hari Khamis ini
- Workshop Jutawan Internet di Vistana Hotel, pada 13hb June 2009
- Pertama kali kami menjalankan Workshop Jutawan Internet di Kuching, Sarawak pada 20hb June 2009!
Sekiranya anda ingin menyertai program-program di atas (yang percuma dan juga berbayar), teruskan bacaan email ini...
Salam hormat!
-Irfan Khairi
pa: Artikel saya kali ini bertajuk "Kejayaan berjangkit". Di kala musim penyakit melanda kita ketika ini, jangan tak tau... "Kejayaan' juga boleh berjangkit! Ikuti artikel tersebut di bawah...
==============================
Sesi PERCUMA Pengenalan Perniagaan Internet bersama IK
==============================
Hasan,
Suka saya umumkan, first time saya akan kendalikan sesi percuma Pengenalan kepada perniagaan Internet di Cititel Hotel, Midvalley pada hari Khamis 4hb June ini. Masuk adalah percuma.
- 8.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
- 8.15pm Talk "Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi"
- 9.15pm Preview Workshop Jutawan Internet Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah
- 9.30pm Sesi bonus: Autocard Privelege (Pemberian percuma kepada peserta WJI)
- 9.45pm Sesi soal jawab
- 10.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
Kilk di sini untuk kad jemputan anda: http://www.rahsiainternet.com/
Sesi pengenalan/preview ini adalah terbaik bagi anda yang belum memulakan perniagaan Internet atau ingin mempelajari bagaimana sebenarnya menjalankan perniagaan Internet. Semua dijemput hadir, ajak kawan, keluarga suami, isteri kerana, mana tahu, perniagaan Internet boleh menjadi sumber pendapatan anda di kala ekonomi tidak menentu.
- Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
- Tarikh: Khamis 4hb June 2009
- Waktu: 8.00malam - 10.00malam
- Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Di sesi percuma ini juga kami akan kendalikan sale produk RahsiaInternet.com dimana anda boleh jimat berpuluh-puluh ringgit produk perniagaan Internet RahsiaInternet.com serta, akan
dijalankan preview Workshop Jutawan Internet. Bagi anda yang belum menghadiri Workshop Jutawan Internet, sesi ini adalah terbaik. Juga akan terdapat satu pakej workshop baru, khas bagi mereka yang kurang berkemampuan menyertai Workshop Jutawan Internet sebelum
ini. Semuanya akan dikongsikan pada hari Khamis ini...
*Nota supaya anda tidak keliru, apa yang saya jalankan adalah perniagaan Internet. Dan bukannya konsep jualan multi level menggunakan Internet. Saya jalankan jual beli produk atau
perkhidmatan melalui Internet, dan bukan konsep mencari downline seperti konsep perniagaan jualan langsung.
Perlu saya jelaskan ini sebab ada juga antara kita yang ingatkan saya buat MLM (Tak salah buat jualan langsung cuma itu bukan perniagaan yang saya jalankan)
Oleh kerana sesi talk pengenalan kepada perniagan Internet ini adalah PERCUMA, tempat pula adalah terhad kepada 60 peserta terawal sahaja. Nak masuk lebih sikit maybe boleh, tapi kena berdiri kot? :)
So, permintaan kami, hanyalah untuk anda daftar terlebih dahulu secara percuma.
Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY
On top of that, kerana RahsiaInternet.com menghargai susah payah anda untuk datang mendengar talk percuma ini, 20 peserta terawal akan diberi sebuah buku perniagaan berharga RM25 secara percuma. Buku bercetak... bukan ebook.
Tapi, pastikan anda betul2 dapat datang. Sebab kalau tak dapat datang, baik beri tempat tersebut kepada mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari perniagaan Internet kan? :)
ps: Sila tanda di kalender anda, dan datang awal! Jumpa anda di sesi percuma ini.
==============================
Workshop Jutawan Internet Kuala Lumpur & Kuching
==============================
- 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Sekiranya anda ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, lengkapkan dengan ilmu terlebih dahulu.
- "Pelajari Cara Memulakan Perniagaan Internet yang menguntungkan dari Rumah di Workshop Jutawan Internet!..."
KUALA LUMPUR:
- Tarikh: 13hb June 2009 (Sabtu)
- Tempat: VISTANA HOTEL, Kuala Lumpur
- Waktu: 8.45am - 6.30pm
- Speaker: Irfan Khairi
- http://www.rahsiainternet.com/
workshop
KUCHING, SARAWAK:
- Tarikh: 20hb June 2009 (Sabtu)
- Tempat: GRAND MAGHERITA HOTEL, Kuala Lumpur
- Waktu: 8.30am - 6.00pm
- Speaker: Irfan Khairi
- http://www.rahsiainternet.com/
workshop-kuching
Workshop Perniagaan Internet #1 paling laris di Malaysia yang TERBUKTI menghasilkan PALING RAMAI Usahawan Internet Malaysia yang berjaya!
Daftar secara online di http://www.rahsiainternet.com atau hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut.
Saksikan temubual Irfan Khairi mengenai Workshop Jutawan Internet di ASTRO http://www.youtube.com/watch?
============================
ARTIKEL: Kejayaan Berjangkit
============================
Oleh: Irfan Khairi
Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya! Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".
Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama-sama
mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing. Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini". Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan
kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.
Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!
Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama. Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.
Siapakah role-model anda?
Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya. Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga
akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!
Kegagalan juga berjangkit!
Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit! Flock with the Turkeys
Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan
diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.
Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.
Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.
Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula.
Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?
Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuhkan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.
Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!
Silap memilih role-model!
Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap. Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita. Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.
Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.
Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukainya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.
Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.
Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!
==============================
Iklan peserta Workshop jutawan Internet
==============================
IZZUL BABY GIFT- http://www.izzulbabygift.com/
Izzul Baby Gift mengetengahkan gift baskets, diaper bags, organic baby apparel sebagai beberapa pilihan di mana hadiah-hadiah ini sesuai untuk diberikan kepada ibu yang baru sahaja bersalin atas tanda tahniah dengan kedatangan orang baru.
Our best selling item - Baby Kaed Diaper Bags bermutu tinggi dan amat dikenali di Amerika Syarikat. Baby Kaed Diaper Bags juga telah menjadi kegunaan beberapa artis barat seperti Jennifer lopez dan Matt Damon. Lawati http://www.izzulbabygift.com/
SEMERBAK- http://www.atiqahumaira.com
Minyak wangi "SEMERBAK" bukan sekadar haruman. Dapatkan sekarang dan anda pasti teruja dengan wangiannya. Secara online di http://www.atiqahumaira.com
Sertai " BISNESS SEMERBAK ONLINE" hanya dihujung jari anda dan nikmati limpahan wang "BERBALOI BALOI" RM 100 - RM 400 terus ke akaun bank anda. Matlumat lanjut layari http://jomedar.com/?id=umaira
84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E
Bertrand Kirby is a professor of Accounting at a leading business school in the US. He has enrolled himself with the digital platform of Study Help Me as part of a mission to alleviate academic stress. He offers customized Assignment Help Malaysia to students and helps them get rid of academic stress. He assures accurate and plagiarism-free work at a very economical cost.
ReplyDelete